Khamis, 29 September 2011

Kata Pengetua...

Pengetua kata...

"Blog Hazlin lebih kepada peribadi..luahan perasaan..emosi...." betul katanya....

Tapi..Ingatlah Hazlin...

"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"

Sudah-sudah lah tu...Yang pergi takkan kembali....Doakan supaya rohnya dicucuri rahmat..

p/s: pesan utk diri sendiri

Doa Perpisahan




Buat kawan-kawan di SMKIS...sedih lak ai.....

Khamis, 8 September 2011

Ketentuan Illahi..


Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian. Kematian adalah satu kepastian. Kematian adalah hakikat penciptaan.Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org beriman...

Permulaan minggu pertama selepas cuti Hari Raya ditempuhi dengan pelbagai emosi....Tidak bermaya..tdk bertenaga..tidak bermotivasi....segala ingatan hanya pada dia..yang telah tiada....sesungguhnya dugaan yang diberikan terlalu berat untuk diterima. Tetapi ketentuan Allah menetapkan yang hidup pasti akan mati...

Apa yang ditempuhi bemula 2 Ramadhan hingga 25 Ramadhan masih segar di ingatan dan tak akan pudar sehingga bila- bila..Kembalinya ibu tercinta ke rahmatullah paa 25 Ramadhan , 25 Ogos 2011 jam 12.20 pg seolah -olah membawa segala jiwa ragaku pergi bersama-samanya.....Apakan daya..Allah lebih mengetahui...Allah yang menetapkan segalanya...


Semoga diriku kuat menempuh hari-hari yang mendatang walaupun aku kehilangan motivator paling hebat ..Ya Allah..ampuni segala dosa iu bapaku,...semoga ibuku berada bersama orang-orang yang beriman dan direhai Allah....

Khamis, 4 Ogos 2011

2 HARI YANG MENCABAR...

Semoga ibunda tercinta akan selamat dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang....
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Rabu, 27 Julai 2011

Seminar Kecemerlangan PMR 2011

KERTAS KERJA
SEMINAR KECEMERLANGAN PMR
SMK ISKANDAR SHAH
2011

1. Pendahuluan :
Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa pelajar-pelajar. Ada di antara mereka yang memang sudah membuat ulang kaji sejak awal lagi tetapi tetap tiada keyakinan diri. Keyakinan itu datangnya daripada persediaan. Semakin bersedia pelajar kita maka semakin yakinlah dia. Persediaan ini pula bukan sekadar membaca, menghafal dan menyediakan nota semata-mata. Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) dan mengeluarkan (output) maklumat. Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas, menghafal, bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan. Proses mengeluarkan maklumat pula adalah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dan simulasi dengan menggunakan segala pengetahuan yang di-peroleh dalam proses mendapat maklumat.

2. Objektif :

2.1 Peningkatan tahap keyakinan diri untuk menjawab soalan peperiksaan serta kemahiran menjawab berdasarkan skema yang tepat akan dapat membantu pelajar berjaya dengan lebih cemerlang.

2.2 Tahap motivasi yang telah sedia ada adalah tidak mencukupi sekiranya kemahiran berkenaan gagal diterapkan pada peringkat yang lebih awal lagi.

3. Sasaran :

200 orang pelajar tingkatan 3

4. Tarikh:
26 Julai 2011 , Selasa


5. Matlamat :

Setelah mengikuti program ini para pelajar akan lebih bersedia dan yakin dengan kemampuan mereka serta mendapat gambaran yang tepat bagaimana menyediakan jawapan yang sepatutnya mereka persembahkan berdasarkan kehendak soalan.

6. Kos :

5.1 Pendapatan
5.1.1 Sumbangan PIBG RM 1885.00
5.1.2 PCG Kaunseling RM 450.00


JUMLAH RM 2335.00


5.2 Perbelanjaan

5.2.1 Sewa dewan kuliah ILP - RM 260.00
5.2.2 Sewa penggunaan tapak café - RM 100.00
5.2.3 Makanan dan minuman
Pelajar (200 x 5) - RM1000.00
Fasilitator (15 x 5) - RM 75.00
5.2.4 Cenderamata penceramah dalaman
4 x RM50 - RM 200.00
5.2.5 Bas 3 x RM200 - RM 600.00
5.2.7 Pelbagai (fail) 200 x RM0.50 - RM 100.00

JUMLAH RM 2335.00


7. Tentatif Program :

Khamis, 26 Julai 2011

7.10-7.30pg - Pendaftaran oleh Guru Tingkatan di Dataran Minda
7.30-8.00pg - Perjalanan ke ILP Selandar
8.10-9.40 pg - Teknik Menjawab Matematik Pn. Fadzilah bt. Bahron
9.40-11.10pg - Teknik Menjawab Bahasa Melayu Pn. Kalthom b. Abu Bakar
11.10-11.30pg - Rehat
11.30-1.00ptg - Teknik Menjawab Bahasa Inggeris oleh Pn.R. Mageswari
1.00-1.50ptg - Makan tengahari dan solat Zohor
1.50-3.20ptg - Teknik Menjawab Sains Pn. Nazlin Ruziah bt. Md. Said
3.20 ptg - Bersurai dan perjalanan balik.


8. Ahli Jawatankuasa Pelaksana:

Pengerusi : Pn Hjh Zariyah bt. Daud
Naib. Pengerusi : Pn. Hamidah bt. Jasmani
Setiausaha : Pn. Hazlin binti Ramli
Penolong setiausaha : En. Helmi b. Adlan
Bendahari : Pn. Hjh Normah bt. Abdullah

AJK Penceramah Teknik Menjawab:-
: Pn. Hjh Jamilah bt. Ibrahim
: Pn. Norul Akmar bt. Alang

AJK Cenderamata/Sijil :
Pn. Rohana bt. Hamid
En. Helmi b. Adlan

Pendaftaran : Pn. Tey Siew Yong

Makanan & Minuman : Pn. Ong Voon Min


Perakam, Juruteknik & Peralatan:
En. Seman b. Md Tana

Kawalan Pelajar :
En. Anuar b. Muhammad
En. Ghazali b. Hussin
Pn. Nazlin Ruziah bt. Md Said


Guru Pengiring bas : En Helmi b. Adlan
Pn. Hjh Normah bt. Abdullah
Pn. Nazlin Ruziah
Pn. Ong Voon Min
Pn. Tey Siew Yong


9. Penutup :

Adalah diharapkan bahawa Seminar Kecemerlangan PMR ini akan dapat memberikan manfaat yang sangat berguna kepada semua peserta khasnya dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang


Disediakan oleh: Disahkan oleh:


tt
Hazlin Ramli Pengetua
Guru Kaunseling, SMKIS SMKIS

Khamis, 19 November 2009

Meniti Hari

Esok hari terakhir persekolahan bagi tahun 2009....Guru-guru still kene keje lagi..pelajar-pelajar bole hurayy!!!except f5 n f6..tgh bertungkus lumus menjawab exam..

Nothing special cuti ni...minggu ni bwk anak-anak gi jalan ke K.l gathering kengkawan papa dia..lepas tu mungkin tak de pegi mana-mana lagi..Haziq ada summer Camp bulan 12 nih..

Ckp pasal Haziq ni ada sikit kecewa...aku tak de le sgt ..ok jer...tp papa dia yg lebih kecewa...mana tak nyer..kali ni pekse ada lak yang dapat c..hehehhe..papa dia membebel tak henti-henti..mama dia cool jer....hehehhe..tp mama dia tlh ditugaskan utk mengajar sewaktu cuti..nk cover semula subjek2 tahun 1...hehehhe..gua o.k jer...tp anak gua bengang la tak dapat main main...Haziq dapat 7A 2B 1 c..tang c tuh yg takleh tahan tuh....

oklah..blah dulu...ni curik-curik masa menulis kt sekolah..kena byr balik masa ni...:)))

Buat Pizza
















ha...entry ni khusus utk pelajar-pelajar f3 yang pergi buat piza di Kolej Komuniti Selandar..Lepas ni anak dara den sume pandai wat Pizza..Tak yah gi Pizza Hut lagi..hehehheh