Rabu, 27 Julai 2011

Seminar Kecemerlangan PMR 2011

KERTAS KERJA
SEMINAR KECEMERLANGAN PMR
SMK ISKANDAR SHAH
2011

1. Pendahuluan :
Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa pelajar-pelajar. Ada di antara mereka yang memang sudah membuat ulang kaji sejak awal lagi tetapi tetap tiada keyakinan diri. Keyakinan itu datangnya daripada persediaan. Semakin bersedia pelajar kita maka semakin yakinlah dia. Persediaan ini pula bukan sekadar membaca, menghafal dan menyediakan nota semata-mata. Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) dan mengeluarkan (output) maklumat. Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas, menghafal, bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan. Proses mengeluarkan maklumat pula adalah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dan simulasi dengan menggunakan segala pengetahuan yang di-peroleh dalam proses mendapat maklumat.

2. Objektif :

2.1 Peningkatan tahap keyakinan diri untuk menjawab soalan peperiksaan serta kemahiran menjawab berdasarkan skema yang tepat akan dapat membantu pelajar berjaya dengan lebih cemerlang.

2.2 Tahap motivasi yang telah sedia ada adalah tidak mencukupi sekiranya kemahiran berkenaan gagal diterapkan pada peringkat yang lebih awal lagi.

3. Sasaran :

200 orang pelajar tingkatan 3

4. Tarikh:
26 Julai 2011 , Selasa


5. Matlamat :

Setelah mengikuti program ini para pelajar akan lebih bersedia dan yakin dengan kemampuan mereka serta mendapat gambaran yang tepat bagaimana menyediakan jawapan yang sepatutnya mereka persembahkan berdasarkan kehendak soalan.

6. Kos :

5.1 Pendapatan
5.1.1 Sumbangan PIBG RM 1885.00
5.1.2 PCG Kaunseling RM 450.00


JUMLAH RM 2335.00


5.2 Perbelanjaan

5.2.1 Sewa dewan kuliah ILP - RM 260.00
5.2.2 Sewa penggunaan tapak café - RM 100.00
5.2.3 Makanan dan minuman
Pelajar (200 x 5) - RM1000.00
Fasilitator (15 x 5) - RM 75.00
5.2.4 Cenderamata penceramah dalaman
4 x RM50 - RM 200.00
5.2.5 Bas 3 x RM200 - RM 600.00
5.2.7 Pelbagai (fail) 200 x RM0.50 - RM 100.00

JUMLAH RM 2335.00


7. Tentatif Program :

Khamis, 26 Julai 2011

7.10-7.30pg - Pendaftaran oleh Guru Tingkatan di Dataran Minda
7.30-8.00pg - Perjalanan ke ILP Selandar
8.10-9.40 pg - Teknik Menjawab Matematik Pn. Fadzilah bt. Bahron
9.40-11.10pg - Teknik Menjawab Bahasa Melayu Pn. Kalthom b. Abu Bakar
11.10-11.30pg - Rehat
11.30-1.00ptg - Teknik Menjawab Bahasa Inggeris oleh Pn.R. Mageswari
1.00-1.50ptg - Makan tengahari dan solat Zohor
1.50-3.20ptg - Teknik Menjawab Sains Pn. Nazlin Ruziah bt. Md. Said
3.20 ptg - Bersurai dan perjalanan balik.


8. Ahli Jawatankuasa Pelaksana:

Pengerusi : Pn Hjh Zariyah bt. Daud
Naib. Pengerusi : Pn. Hamidah bt. Jasmani
Setiausaha : Pn. Hazlin binti Ramli
Penolong setiausaha : En. Helmi b. Adlan
Bendahari : Pn. Hjh Normah bt. Abdullah

AJK Penceramah Teknik Menjawab:-
: Pn. Hjh Jamilah bt. Ibrahim
: Pn. Norul Akmar bt. Alang

AJK Cenderamata/Sijil :
Pn. Rohana bt. Hamid
En. Helmi b. Adlan

Pendaftaran : Pn. Tey Siew Yong

Makanan & Minuman : Pn. Ong Voon Min


Perakam, Juruteknik & Peralatan:
En. Seman b. Md Tana

Kawalan Pelajar :
En. Anuar b. Muhammad
En. Ghazali b. Hussin
Pn. Nazlin Ruziah bt. Md Said


Guru Pengiring bas : En Helmi b. Adlan
Pn. Hjh Normah bt. Abdullah
Pn. Nazlin Ruziah
Pn. Ong Voon Min
Pn. Tey Siew Yong


9. Penutup :

Adalah diharapkan bahawa Seminar Kecemerlangan PMR ini akan dapat memberikan manfaat yang sangat berguna kepada semua peserta khasnya dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang


Disediakan oleh: Disahkan oleh:


tt
Hazlin Ramli Pengetua
Guru Kaunseling, SMKIS SMKIS