Khamis, 22 Oktober 2009

Curik masa..

Rasanya dah lama tak menulis dalam log ni..banyak program dan aktiviti dijalankan sama ada di sekolah atau bersama keluarga menyebabkan rasa tak sempat nak tulis.Kalau ada masa yang panjang nanti saya update lagi...tp buat masa ni nak cerita tentang program lepas PMR.Sepanjang minggu ni dipenuhi dgn taklimat bermula pada hari selasa.Hari ini ada Taklimat dari SBP.Cerita lebih lanjut dan gambar lihat dalam blog Dari Hati Seorang Guru...Pelajar-pelajar PMR masak-masak kat bilik masakan sebagai salah sau prigram lepas PMR.dari bilik kaunseling memang wangi betul..adalah diaorang bagi rasa buat biskut..memang sedap..ada bakat budak-budak ni...

Khamis, 15 Oktober 2009

Jamuan Raya

Hari ini sekolah balik awal..ada jamuan hari raya guru-guru.tapi cikgu tak bole balik awal sebab ada mesyuarat..tak tau lah balik pukul bape nanti...

Jamuan hari raya kali ni macam tak umphh..la..tak tau le kenapa..mungkin perut dah kenyang kot..kalau lapar semua sedap....hehehehhe..

Rabu, 14 Oktober 2009

sukanye dia.....release tension....

Anak-anak

Inilah anak-anak saya..Haziq Husseini 7 Tahun, Qazween Qistina Az-Zahra 3 tahun



Hari ini..

salam...pagi tadi buat taklimat kepada pelajar-pelajar Form 3 tentang Program Lepas PMR.Nampaknye mereka sangat suka,gembira dan berminat apabila cikgu Helmi menerangkan tentang Program Lawatan.Kali ini kami akan mengadakan lawatan Shakey;s Pizza, Kaprima Farm, dan Kolej Komuniti belajar tentang kursus-kursus pendek. Cikgu Rohana dan Cikgu Ong yang mendengar taklimat turut berminat untuk menyertai lawatan.Itu sudah baik!!! Cikgu pun dah berebut-rebut mahu menyertai lawatan...

Selasa, 13 Oktober 2009

Watikah Perlantikan PRS


Ini ialah Majlis Perlantikan dan penyampaian Watikah kepada PRS yang dilantik bagi tahun 2009. 38 orang terdiri dari semuanya perempuan...

Gambar Program Max Recall Tingkatan 1 2009

Pelajar-pelajar tingkatan sedang mengaplikasi teknik mengingat dalam subjek Sejarah. Menyediakan bahan presentation..

Kajian Tindakan

Hari ini berkesempatan panggil 8 orang pelajar yang dijadikan sampel untuk buat kajian..tp 2 orang tak datang..buat sesi sikit dan terangkan apa yang perlu mereka lakukan...secara rawak, mereka nampak positif untuk berubah..apa-apapun hasil akan dapat dilihat peperiksaan hujung tahun ini..walaubagaimanapun, pemantauan perlu dilakukan selalu untukmemastikan pelajar-pelajar ini melaksanakan tindakan yang diperlukan...